Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

25 June 2010

RMK-10 | Orang Ulu Sambut Baik

MIRI: Masyarakat Orang Ulu di sini menyifatkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) mengambil kira kepentingan mereka sebagai kaum minoriti di Sarawak.
Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Mutang Tagal berkata, fokus kerajaan untuk membantu golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutama di Sarawak amatlah dialu-alukan.
Beliau berkata, masyarakat pedalaman terutama kaum minoriti seperti Lun Bawang di Ba’Kelalan amat memerlukan kemudahan dan infrastruktur asas termasuk jalan raya.
“Pembinaan jalan raya penting untuk membolehkan
“Dengan adanya jalan, ia akan membuka peluang ekonomi dan meningkatkan status sosial penduduk di sana,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mutang yang juga ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan dan Industri Dayak (DCCI) menambah, kemudahan jalan raya perlu diberi keutamaan memandangkankosnya lebih murah berbanding pengangkutan air atau udara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK-10 semalam berkata, fokus khusus akan diberi kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutama yang mendiami di rumah panjang di Sabah dan Sarawak.
Menurut beliau, masih terdapat mereka yang hidup tanpa bekalan elektrik dan air dan jauh daripada kemudahan kesihatan.
Najib memberi jaminan akan membela mereka yang kurang bernasib baik untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan.

Di bawah RMK-10, kerajaan akan membina jalan sepanjang 2,800 di Sarawak, manakala bekalan air kepada 95 peratus kawasan negeri ini.

“Kita amat menghargai keprihatinan PM untuk membangunkan lebih banyak kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik untuk masyarakat pedalaman,” kata Mutang.

Beliau mencadangkan agar tenaga alternatif diperluaskan menggunakan mikro hidro, sistem hibrid solar, panel solar dan generator yang murah dan senang diselenggarakan

Menurut Mutang, di Ba’ Kelalan misalnya, penduduk di situ menggunakan lima mikro hidro yang dijana kuasa menggunakan air sungai.

penduduk di pedalaman akses dengan dunia luar.

30 May 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK

Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.
Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu.

Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.

Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

sumber: Link


Kepada rakan-rakan yang menyambut Hari Gawai Dayak, saya mengucapkan;

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK.
GAYU GURU, GERAI NYAMAI.
BERTUAH BELIMPAH NYAMBUT TAUN TI DATAI


Followers