03 October 2013

Premis Abdul Razak dipecah masuk pencuri buat kali kedua

MIRI: ‘Sudah jatuh dit­impa tangga.’ Begitulah nasib yang menimpa oleh salah seorang peniaga di bangunan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang terletak di Pusat Komer­sial Centre Point Miri, Kaun­selor Abdul Razak Joni.

Perniagaannya mengalami kerugian sekitar RM13,000 setelah premisnya mengalami kecurian sebanyak dua kali pada tahun ini.

Terbaru, kecurian berlaku pada malam Ahad lalu (29 September) yang melibatkan mesin jahit, pemain cakera video, baju dan pakaian serta beberapa barangan lain.

“Saya lihat modus operandi mereka (pencuri) sama iaitu berlaku ketika malam hujung minggu,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, kecu­rian pertama berlaku sekitar dua bulan lalu dan ketika itu barang yang hilang adalah pendingin hawa dan mesin jahit.

Menurutnya, kejadian berkenaan tidaklah asing di kawasan itu kerana turut ada rakan-rakan di sekitar turut mengalaminya.

“Kadang-kadang pasar tamu turut dibongkar oleh mereka yang tidak bertang­gungjawab dan tidak ber­perikemanusiaan,” ujarnya.

Abdul Razak berkata, pe­niaga di sekitar kawasan itu kebanyakannya hanyalah ber­gantung kepada perniagaan kecil-kecilan sahaja.

“Kita di sini rata-ratanya hanya berniaga secara kecil-kecilan dan untung pun tidaklah sebanyak mana,” katanya.

Oleh sebab itu, beliau yang juga Pengerusi Penyewa Kedai SEDC Miri meminta jasa baik pihak anggota Pasu­kan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis agar kerap mengawasi kawasan itu.

“Kita mohon pihak RELA dan Polis kerap meronda di kawasan ini kerana pencuri sangat berleluasa sejak kebe­lakangan ini,” rayunya.

Sebelum ini, Abdul Razak yang mewakili penyewa bangunan SEDC yang ke­banyakannya peniaga Bumi­putera turut merintih men­genai perniagaan mereka yang mulai terjejas kesan daripada bangunan berkenaan hendak dirobohkan.

sumber Borneo post online

No comments:

Post a Comment

Followers