29 December 2010

Awang Bemee nafi spekulasi tidak pertahankan kerusinya

photo credit to borneo post
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka selama tiga penggal, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah menafikan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya ne-geri akan datang.
“Saya tidak pernah menge-luarkan kenyataan bahawa saya tidak akan bertanding semula tetapi sudah tentu saya mem-biarkan kepimpinan parti (untuk membuat keputusan).
“Bagi saya, sekiranya dicalonkan semula saya akan melakukannya.
“Saya adalah penyandang dan dakwaan saya tidak akan mempertahankan kerusi adalah spekulasi semata-mata,” kata-nya selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Pingat Emas Tahunan Lembaga Pelabuhan Ku-ching, semalam.
Awang Bemee berkata, untuk bertanding atau tidak terletak di tangan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

24 December 2010

Gengster kawal harga getah

12 orang daripada kumpulan gengster yang dikenal pasti dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat
 KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh semalam mengesahkan berlakunya gejala kawalan harga getah di negeri ini yang dimanipulasikan oleh individu dan kumpulan gengster.
Menurut beliau, pihaknya telah menerima maklumat dan aduan mengenai perkara tersebut daripada penduduk tempatan terutamanya di daerah Sibu, Sarikei dan Bintangor.
Susulan itu, katanya setakat ini seramai 12 orang daripada kumpulan gengster yang dikenal pasti aktif dalam kes tersebut telah dikenakan tindakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat.
“Dengan itu, tindakan di bawah undang-undang pencegahan telah diambil terhadap individu serta kumpulan yang dikatakan aktif memperdaya dan

Mayat 25 mangsa kemalangan bas dibawa pulang


photo credit to borneo post
IPOH: Mayat 25 warga Thailand yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai tiga hari lepas dibawa ke Pangkalan TUDM Subang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dihantar pulang ke Bangkok.
Menteri Penasihat di Kedutaan Thailand, Somphong Kang Thong, berkata persiapan untuk membawa kesemua mayat itu mendapat kerjasama pihak hospital, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan perjalanan yang lancar.
Perjalanan dari sini ke Subang dijangka mengambil masa dua jam tiga

16 December 2010

Dr Jeffrey keluar PKR Khamis ini: Sumber

Mungkin juga umum penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politik


KOTA KINABALU:Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber semalam.
Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Dr Jeffrey membuat pengumuman ‘amat penting’, kata mereka.
Mereka berkata Dr Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.
“Dr Jeffrey tidak undur dari politik…sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya,” kata sumber itu kepada Bernama.
Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Pemerhati politik melihat pengunduran Dr Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ untuk Barisan Nasional (BN). — Bernama

sumber:borneo post

Projek jalan Long Luping-Ba’ Kelalan hadiah Hari Krismas penduduk

photo credit to borneo post
BA’ KELALAN: Sambutan Hari Krismas bagi penduduk tanah tinggi Ba’ Kelalan tahun ini lebih bermakna      apabila projek menaik taraf jalan sejauh 75 kilometer yang menghubungkan Long Luping – Ba’ Kelalan dijangka siap sebelum perayaan.Sejak berpuluh tahun (sebelum merdeka), penduduk di situ terpaksa melalui pancaroba untuk sampai ke Ba’ Kelalan kerana jalan balak selalu rosak, namun tahun ini adalah saat yang paling bersejarah kerana  inilah kali pertama mereka pulang ke kampung menggunakan jalan berturap.
Bahkan, penduduk kampung boleh menggunakan kereta jenis Kancil dari Lawas untuk balik ke Ba’ Kelalan.
Projek menaik taraf jalan itu melibatkan kos sebanyak RM60 juta, iaitu lebih rendah kerana ia dilaksanakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di bawah Projek Program Jiwa Murni.
Program di Ba’ Kelalan itu dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pembinaan empat Jambatan Bailey bagi menggantikan jambatan balak bagi fasa I manakala fasa kedua melibatkan kerja meningkat taraf jalan yang bermula sebaik sahaja pembinaan jambatan selesai.
Sebanyak 40 anggota RAJD terlibat dalam program Jiwa Murni itu dan bagi melaksanakan misi itu, anggota terlibat berkampung di Ba’ Kelalan dengan rutin setiap hari menuju ke tapak projek untuk membina jambatan.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, projek berkenaan dijadualkan siap pada Januari tahun depan, namun pihaknya optimis ia dapat disiapkan lebih awal.
“Berdasarkan tinjauan, saya berpuas hati dengan kelancaran projek menaiktaraf jalan ke Ba Kelalan. Saya yakin projek ini siap dalam tempoh beberapa hari dan dapat digunakan sebelum sambutan Hari Krismas,” katanya.
Shahlan berkata demikian kepada Utusan Borneo selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek di Ba’ Kelalan Ahad lalu.
Turut serta Komander Briged Infantri Kesembilan Brigadier Jeneral Stephen Mundaw, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Datuk Shukri Mohd Salleh, Pegawai Khas kepada Kementerian Pendidikan iaitu Datuk Ahmad Zali Ansore Mohd Yusoff dan Samsuri Jamil dan Timbalan Setiausaha Persekutuan ke Sarawak, Mohd Zahari Razali.
Rombongan terbang dari Miri ke projek kem Lapukan yang terletak di antara Long Luping dan Ba Kelalan.
Shahlan kemudian menyerahkan lebih RM3,000 sumbangan Tabung Rahah Perdana Menteri sebagai penghargaan terhadap usaha dan pengorbanan askar yang bertungkus lumus siang malam untuk menyiapkan projek itu.
Sepanjang lawatan tiga hari, Shahlan serta rombongan turut melawat pembinaan jambatan yang masih dalam pembinaan sebelum meneruskan lawatan ke Telaga Air Panas, Lusong Laku, Long Singu dan pasar Belaga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belaga, penempatan semula Sungai Asap dan Empangan Hidro Bakun.

sumber: borneo post

PENGGUNA FACEBOOK PALING TUA | Nenek Berumur 103 Tahun

photo credit to kosmo
TENBY - Seorang nenek, Lillian Lowe yang berusia 103 tahun dipercayai menjadi pengguna Facebook tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Lillian dari selatan Wales, Britain, Lowe membuka akaun di laman jaringan sosial berkenaan untuk berhubung dengan tujuh cucu dan 13 cicitnya.
Dia melayari Facebook dengan menggunakan komputer iPad milik seorang cucu lelakinya, Steve.
"Saya menyukainya, Facebook amat menarik. Ia cara yang menarik untuk berhubungan dan mendapat maklumat," kata nenek itu.
Menurut Steve, neneknya masih memiliki daya ingatan yang baik dan dia gemar mengambil tahu keadaan cucu dan cicitnya.
Dilahirkan pada tahun 1917, Lowe merampas gelaran pengguna Facebook tertua daripada Ivy Bean yang meninggal dunia semasa tidur pada usia 104 tahun, Julai lepas. - Agensi

sumber: kosmo

04 December 2010

Terbang dengan guna belon helium

COLORADO - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Jonathan Trappe terbang ke udara hanya dengan menggunakan puluhan belon helium, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia yang berusia 37 tahun terbang pada ketinggian 5,486 meter.

Belon helium selalu menjadi permainan kanak-kanak dan menghiasi dewan pesta.

Trappe berlepas dengan duduk di bangku yang ditarik oleh belon helium itu dari Leon ke Colorado sejauh 160 kilometer pada awal bulan ini.

Lelaki itu melakukan penerbangan itu pada Festival Del Globo.

Trappe mengawal ketinggiannya dengan melepaskan udara pada belonnya dengan kadar kelajuan antara 28.79 kilometer hingga 80.47 kilometer sejam.

Ketika menyeberangi gurun dan gunung-ganang, Trappe melindungi dirinya dari ketinggian dan pancaran cahaya matahari dengan menggunakan bekalan oksigen dan memakai cermin mata hitam.

"Ini merupakan satu penerbangan belon yang benar-benar luar biasa.

"Saya amat teruja dengannya," katanya. - Agensi

Sumber : Kosmo

Followers