19 August 2012

Ucapan Hari Raya 2012

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" diucapkan buat pembaca dan rakan-rakan diluar sana yang menyambut Hari Raya. Dengan harapan, Semoga Raya tahun ini diraikan dengan penuh kesyukuran dan gembira disamping keluarga, sahabat handai, jiran sebelah menyebelah, dan jangan bersedih atau berduka bagi mereka-mereka yang merasakan diri mereka keseorang dipagi raya ini. Pesanan: Hati-hati memandu dijalan raya, ingatlah orang tersayang yang duduk sebelah mahupun duduk dibelakang dan tidak lupa orang yang tunggu dirumah. Bagi mereka yang jalan kaki pula, tengok kiri, tengok kanan sebelum melintas, manalah tau ada kerbau ke, lembu ke, yang nak lalu (Gurau je), senyum-seyum selalu.

Arab Saudi sambut Aidilfitri hari ini

RIYADH - Pihak berkuasa agama Arab Saudi mengumumkan bahawa hari terakhir umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan ialah semalam manakala Hari Raya Aidilfitri disambut hari ini.

Media Arab Saudi melaporkan anak bulan Syawal tidak kelihatan kelmarin menyebabkan hari berikutnya dianggap hari ke-30 dan terakhir dalam bulan Ramadan di negara itu.

Selain Arab Saudi, Qatar dan Yemen turut mengumumkan Hari Raya Aidilfitri disambut pada hari ini.
Libya turut menyambut Aidilfitri pada hari yang sama. - AFP

Sumber: Kosmo

Gempa bumi kuat gegar Sulawesi, Indonesia

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 5.41 petang semalam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 56 kilometer di tenggara Palu, Indonesia dan 645 kilometer tenggara Sarikei, Sarawak.

Bagaimanapun, tidak ada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA

Sumber: Kosmo

Followers