19 November 2011

Orang Ulu Malaysia, Indonesia tetap bersatu

KUCHING: Dialog Warisan Serumpun Orang Ulu Sarawak (Malaysia) dan Kalimantan Timur (Indonesia) merupakan landasan memperkukuh hubungan etnik terbabit di kedua-dua negara.

Ketua Delegasi merangkap Bupati Malinau Kalimantan Timur Dr Yansen Tipa Padan berkata perjumpaan masyarakat Orang Ulu dalam dialog terbabit telah mem-buka lembaran baru bagi memper-kukuh hubungan mereka.

“Kami adalah serumpun tetapi dipisahkan dengan persempadanan negara berjiran, Malaysia dan Indonesia.

“Namun, saya percaya perjumpaan ini (dialog) mampu memperkukuh hubungan kami dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian dialog terbabit di sini semalam.

Menurut Dr Yansen, sememangnya banyak persamaan di antara etnik terbabit meskipun mereka tinggal di negara yang berbeza.

Katanya, budaya masyarakat minoriti itu adalah sama kerana mereka mempunyai hubungan silaturahim yang begitu akrab.

“Saya percaya dengan perjumpaan itu maka kami terus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara tanpa batasan,” katanya sambil mengharapkan kerajaan negeri ini membuka laluan untuk kemasukan etnik terbabit ke sini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Angeline Umih Tujok yang mewakili Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo, Pemanca Tomy Kulleh, Pengarah Imigresen Sarawak Datu Robert Lian dan Presiden Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sarawak Datuk Abu Bakar Abdullah.

Dr Yansen menarik perhatian hubungan persempadanan menjadi masalah utama etnik kedua-dua negara itu.

Ini kerana katanya, kebanyakan etnik terbabit tinggal di persempadanan kedua-dua negara yang semestinya memerlukan pas imigresen untuk memudahkan mereka ber-urusan dalam pelbagai bi-dang.

“Saya percaya dengan penyelesaian masalah imigresen maka kami etnik serumpun kedua-dua negara dapat mempertingkatkan hubungan dalam ekonomi, sosial dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar berkata dialog terbabit melibatkan penyertaan ketua-ketua masyarakat dari daerah Belaga dan Long Nawang, Kecamatan Kayan Ulu Kalimantan Timur.

Katanya, seramai 40 delegasi dari Kalimantan Timur dan lebih 20 pemimpin masyarakat Orang Ulu di negeri ini menghadiri dialog yang julung kali diadakan itu.

“Kita amat berbangga dengan kehadiran delegasi Orang Ulu dari Kalimantan Timur dan juga dari Belaga yang bersama-sama berbincang dalam menangani isu persempadanan,” katanya.

Sehubungan itu, delegasi kedua-dua negara terbabit diraikan pada majlis malam mesra sempena dialog itu di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin (Isnin).

Banker’s daughter kidnapped

KUCHING: Shira Anisha, the 19-year-old daughter of banker Gelmy Gelau, has been kidnapped, confirmed George Lagong (Independent-Pelagus) and political secretary to the chief minister Wilson Nyabong yesterday.

Met by reporters at the State Legislative Assembly, George said he got the shocking news from an aide in Kuala Lumpur, but he had yet to get the whole story from Gelmy, who is based in Kuala Lumpur.

It is understood that Shira was kidnapped three days ago, outside her apartment in Ampang.

“I need to confirm the news and wherever possible to assist in the case,” George said.

Meanwhile, Wilson, who like Gelmy is also from Kapit, said he received the news from Gelmy’s family as they were close to him.

“The motive for the kidnap has yet to be known; but it could be none other than asking for some ransom,” said Wilson, who is also PRS information chief.

He added that the family had already lodged a police report.

“There is not much that we can do from here, except pray for the family’s safety,” said Wilson.

Bakar mercun kerana marahkan banjir

BANGKOK - Polis menyatakan sekumpulan penduduk yang berang telah bertindak dengan membuat satu letupan kuat berhampiran sebuah terusan banjir di sempadan bandar raya ini.

Ia dilakukan untuk meluahkan kekecewaan berhubung penderitaan berterusan yang mereka alami akibat banjir.

Letupan yang mencetuskan bunyi kuat tetapi tidak menyebabkan kecederaan itu berlaku malam kelmarin di sebuah penghadang yang memisahkan bandar raya ini dengan wilayah Pathum Thani.

Seorang pegawai polis, Kolonel Harn Lertthaweesap berkata, polis mengesyaki perbuatan itu dilakukan penduduk Pathum Thani yang kecewa kerana komuniti mereka ditenggelami air bah disebabkan terusan tersebut.

Terusan itu dibina untuk melindungi kota metropolitan ini daripada bencana banjir.

Harn memberitahu, letupan itu berpunca daripada pembakaran mercun dan bukan bahan letupan.

Banjir akibat hujan lebat sejak hujung Julai lalu menenggelami 19 daripada 77 wilayah termasuk ibu kota Thailand di sini.

Sekurang-kurangnya 594 orang terkorban dalam bencana tersebut. - Agensi


Sumber: Kosmo

Followers