05 October 2020

 Buat semua yang mengunjungi blog saya ini, saya mohon maaf sebab sudah terlalu lama tidak update terutamanya di bahagian bahasa kenyah. Pasti ramai yang ingin belajar lebih lanjut lagi bahasa kenyah. Saya agak sibuk beberapa tahun ini sehingga tiada kesempatan untuk menjenguk blog ini. 

Kalau ada pembaca yang ingin bertanya soalan berkenaan dengan bahasa kenyah, boleh tinggalkan komen dan saya akan membalas atau menjawab anda dibahagian komen. Tapi kalau tanya bahasa kayan ke, murut ke atau lain-lain tu saya tak tahu. kalau kenyah saya boleh jawab. 

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana menyokong blog saya ini.

25 April 2018

Senyum

A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you. - Author Unknown

A Smile is an inexpensive way to change your looks. - Charles Gordy

Start every day with a smile and get it over with. - W.C. Fields

Wear a smile and have friends; wear a scowl and have wrinkles. - George Eliot

A laugh is a smile that bursts. - Mary H. Waldrip 

Every time you smile at someone, it is an action of love, a gift to that person, a beautiful thing. - Mother Teresa 

Beauty is power; a smile is its sword. -  Charles Reade

A smile is the universal welcome. - Max Eastmen

You're never fully dressed without a smile. - Martin Charnin

All the statistics in the world can't measure the warmth of a smile. - Chris Hart

Peace begins with a smile. - Mother Teresa 

Of all the things you wear, your expression is the most important. Janet Lane
...............................................................................................................




SENYUMLAH selalu sungguhpun senyuman anda mungkin "senyum kambing" itu lebih baik daripada tiada senyuman langsung.

06 March 2017

Untuk Renungan

Apa yang akan aku ceritakan disini adalah melalui pengalaman yang aku lalui untuk pengajaran dan renungan kita semua.

Kisah ini berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu. Seperti biasa akan akan menaiki bas dari miri ke Pekan Lapok. Setelah bas sampai,akupun terus naik dan duduk dikerusi di belakang pemandu bas. Setelah sepuluh minit duduk, bas pun bergerak dan akan berhenti di perhentian bas berhadapan dengan Wisma Pelita Tunku.

Setelah mengambil penumpang di perhentian bas, bas pun terus bergerak meninggalkan bandar miri. Sementara itu, konducter bas akan datang memberi tiket dan penumpang akan membayar. Pada ketika itu, bayaran untuk miri-lapok RM11 seorang. Aku terus hulurkan RM11 kepada kondukter tanpa mengambil resit bayaran daripadanya. Dia terus berlalu dan duduk dibahagian duduk belakang bas memandangkan aku orang terakhir yang memberi duit tambang.

Aku terus melelapkan mata kerana perjalanan 14 jam dari kuching sungguh memenatkan. Aku tersedar bila bas berhenti dan mengambil penumpang di perhentian bas tidak jauh dari lambir. Aku sambung balik tidur yang terganggu sebentar tadi. Tiba-tiba, kondukter bas menepuk bahuku membuatkan aku terkejut.
"Ada apa?" tanyaku kepada kondukter yang sudah tercegat sebelahku.
"Tiket mana?" tanyanya. Aku tercenggang sekejap. "Tak adapun tiket diberi tadi?" bisikku dalam hati.
"Tiada tiket. Kamu tak bagipun tadi". Jawabku. Namun aku cuba mencari disetiap kocek seluar, baju dan juga bag. Manalah aku mungkin terlupa yang dia ada bagi aku tiket tadi.
"Ada saya bagi tadi." Tegas kondukter bas tersebut dengan nada yang agak nyaring membuat orang didalam bas berkenaan memberi tumpuan kearah kami berdua. Aku jadi agak malu.
"Memang tak ada tiket, tadi saya dah beri duit tapi kamu tak bagipun tiket untuk saya." Jawabku dengan nada lembut.
" Tak ada. Saya sudah hitung tiket dan semua orang dalam bas ni, memang satu orang belum bayar, iaitu kamu." Tegasnya lagi sambil membelek-belek tiket ditangannya.
"Saya sudah bayar. dan kamu tidak memberi tiket kepada saya tadi."  Tegasku, namun dalam nada suara yang hampir tak kedengaran. memandangkan aku dah hampir nak menangis. Namun ku tahan air mataku. Buat apa aku nak menangis disebabkan orang seperti dia. Aku memujuk hatiku.
"Bayar sajalah." Sampuk seorang pak cik yang umurnya dalam lingkungan 60-an. Tak kan aku nak bayar dua kali. Fikirku lagi.
"Yalah. Semua orang sinipun tau yang kamu belum bayar." Kali ini nada suaranya semakin naik sambil mencekak pinggang.
"Aku tak akan bayar. Aku dah bayar tadi." Jawabku dengan tegas.
"Boleh tak kamu semak sekali lagi?" aku memberi cadangan. Sekiranya benar ada satu orang yang belum bayar, aku terpaksalah bayar. Fikirku.Tak apalah, bayar sajalah dua kali kalau itu yang membuat mereka diam, memandangkan satu bas dah kecoh. Kebanyakkan penumpang ketika itu menuduh aku belum bayar tambang lagi. Sedangkan banyak dikalangan mereka yang datang selepas aku membayar duit tambang aku tadi macam mana mereka boleh menjadi saksi kepada kondukter tersebut. Pening aku fikirkan. Tak pa, Tuhan Maha Tahu pujukku dalam hati.

Kondukter tadi hitung dari belakang sehinggalah tempat dudukku. Dia terus tersemyum kearah dan memegang bahuku.
" Kamu betul, aku yang silap. Tadi aku hitung budak kat belakang tu. Dia yang tiada tiket sebab dia masih budak." Katanya dengan nada lembut. Aku menghembus nafas lega. Selamat duit aku. Namun tiba-tiba aku rasa nak tengking dia seperti mana dia tengking aku tadi. Aku menarik nafas panjang dan hembus dengan perlahan-lahan untuk mengawal kemarahan aku. Kalau ikutkan hati aku ini, ingin aku tunjuk-tunjuk muka dia dan juga pak cik yang menyokong dia tadi.
"Tak apa, dia dahpun memalukan diri dia sendiri dengan kecuaian dan keangkuhan dia tadi". suara hati berbisik. Lagipun, kalau aku tengking atau maki dia seperti mana dia lakukan terhadap aku tadi, bermakna tak ada bezanya aku dengan dia.

21 December 2015

Resepi Ringkas Ayam Masak Serai

Ayam masak serai
Ayam Masak Serai
Bahan-Bahan (4 Orang)
4 ketul paha ayam atau dada ayam - bersih dan potong (potong ikut kemahuan). Perap dengan 1 sudu teh garam dan sikit lada hitam selama 5 minit
3 biji bawang merah - cincang halus
5 biji bawang putih - cincang halus
1 ulas halia (besar dalam 2cm) - Hiris halus
6 batang serai - hiris halus atau pun cincang.
1 sudu makan sos tiram
2 sudu teh gula
1 sudu makan cili paste (Cili padi di tumbuk halus)
1 cawan chicken stock (atau air biasa)
1 sudu teh tepung jagung (Campur sikit air)
4 sudu makan minyak masak


Cara2
1.  Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, halia, serai dan bawang merah. Kacau goreng hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan gaul rata.
3. Masukkan sos tiram, gula dan gaul rata.
Masukkan stok ayam ataupun air kalau tiada stok ayam. Kacau rata dan biarkan seketika. Sekali sekala gaulkan untuk mengelakkan hangus.
4. Masukkan cili paste dan gaul rata. Biarkan seketika.
5. Masukkan Tepung jagung dan kacau rata. Setelah kuah kelihatan pekat, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
* Saya gunakan lettuce sebagai hiasan. 
SELAMAT MENCUBA

19 July 2014

Kurangkan sifat perkauman dan kurang ajar ditempat awam

Sementara saya menunggu giliran untuk membayar bil di sebuah kaunter bayaran di Jalan satok petang tadi, saya dikejutkan dengan suara seorang perempuan dalam linkungan usia 40-an yang tidak puas hati dengan seorang pekerja kaunter tersebut. Dia terus meninggikan suaranya seoalah-olah ingin semua orang tahu akan ketidakpuasan hatinya. Entah apa yang dia bebelkan tanpa menghiraukan pelanggan yang banyak menunggu untuk membayar bil mereka. Pekerja kaunter berkenaan sudahpun berkali-kali meminta maaf daripada pelanggan tersebut namun pelanggan yang bertutur dalam bahasa enggeris berkenaan seoalah-olah tidak puas hati. Sebelum beredar dia masih sempat lagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya tadi sambil memandang kearah kami yang masih menunggu giliran seolah-olah ingin kami semua bersetuju atau menyokong dengan apa yang dia lakukan. Minta maaf, saya tidak berminat dan tiada masa untuk layan perkara remeh dan hanya membawa malu kepada diri sendiri.


Gambar Hiasan

Pengajaran untuk kita semua, kalau tidak puas hati, tanya dengan cara baik atau sekiranya benar pekerja kaunter terbabit memang salah, laporkan kepada manager atau orang atasan. Tidak perlu nak buat kecoh atau meninggikan suara ditempat awam. Bukan dia seorang sahaja pengguna kepada syarikat terbabit, ada beribu pelanggan yang mereka kena layan setiap hari. Jangan memalukan diri sendiri dengan kelakuan yang tidak bertemadun dan tidak berprofesional itu. Kalau nak memalukan pekerja kaunter ataupun nak menunjukkan kelemahan syarikat terbabit, tidak perlu nak meninggikan suara didepan orang. Itu hanya memberi malu kepada diri sendiri. Memang "Customer is always right" tapi tidak bermakna "Customer have a right" untuk memaki hamun orang pun. Kita hidup di Malaysia, ada adablah sikit. Janganlah ada sikap "Rude" dan "Racist". Kita di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.

18 July 2014

Pray for crew and passengers of MH17


Tragedi MH17


Belumpun selesai misteri kehilangan pesawat MH370, sekali lagi kita digegarkan dengan berita yang menyayat hati bukan sahaja seluruh rakyat Malaysia merasakannya malah seluruh dunia dengan tragedi  menimpa pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine pada 17 Julai 2014. Kali ini, lebih tragis apabila pesawat malang tersebut dipercayai ditembak jatuh dan meragut sekurang-kurangnya 295 nyawa penumpang dan krew MH17.

Gambar Hiasan

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, dalam laman twitternya awal pagi tadi menyatakan yang beliau terkejut apabila mendengar berita sebuah pesawat MH terhempas dan akan melancarkan siasatan segera. 

Kita sama-sama bersabar dalam menunggu laporan siasatan terhadap tragedi yang menimpa pesawat MH17 dan berdoa agar siasatan dapat dijalankan segera untuk mencari orang yang bertanggjawab atas insiden yang menimpa pesawat MH17.

Sama-sama kita berdoa untuk semua penumpang dan krew MH17 dan juga kepada ahli keluarga dan kawan semua yang berada didalam pesawat MH17. Tidak lupa juga kita berdoa untuk semua penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih belum ditemui sehingga kini.


Followers