06 March 2017

Kerana Dosanya

Disebuah kampung yang agak terpencil dan mempunyai penduduk yang majoriti pekerjaan mereka adalah petani. Kampung itu bernama Sungai Batu, sempena nama sebuah anak sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih penduduk disitu. Jauh dihujung kampung itu, tinggal seorang gadis yang bernama Bulan tinggal bersama-sama dengan dua bapa saudaranya. Ibu Bulan meninggal ketika dia dilahirkan, manakala bapa Bulan pula terpaksa berhijrah ke kampung lain kerana mengikut isteri keduanya. Bulan dibesarkan oleh neneknya sehingga Bulan berusia 9 tahun. Semenjak kematian nenek Bulan, dia terpaksa tinggal dengan dua bapa saudaranya yang memperlakukan dia tidak ubah seperti hamba. Namun Bulan sabar dan dalam hatinya hanya mampu menangis namun sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai bapa saudaranya.

Suatu hari, kawan Bulan yang bernama Bunga datang berjumpa denganya ketika dia sedang mengisi air yang dipikul dari sungai yang jauhnya kira-kira 1 kilometer dari rumah Bulan kedalam tempayan.
"Apa halnya ni Bunga? Dari jauh aku tengok kau tersenyum." tanya Bulan setelah Bunga menghampirinya.
"Begini Bulan, aku nak kau kawin dengan sepupu aku tu.Kau kan tau dia dah duda. Lagipun aku kesian tengok anak dia tu, dahlah masih kecil lagi. Mereka perlukan kasih sayang seorang Ibu." Jelas Bunga.
"Sepupu kau Si Tama tu?" tanya Bulan
"Yelah, siapa lagi". jawab Bunga. "Tama tu baik orangnya, rajin pula tu." sambung Bunga lagi.
"Macam buat promosi pula." tegur Bulan.
"Yelah, Tama memang baik. Tak sia-sia kau kawin dengan dia tau."  Dalam hati Bulan, ada betulnya.
kata Bunga tu.
"Esok aku kenalkan kau kat Tama tu ya?" Bunga memberi cadangan lalu berlalu....

Seperti yang dijanjikan Bunga, dia telah membawa sepupunya Tama berjumpa dengan Bulan yang ketika itu tengah menanak nasi menggunakan dapur kayu. Ketika melihat Tama, Bulan tersipu malu kerana untuk pertama kalinya dia berkenalan dengan seorang jejaka sungguhpun dia adalah duda.

"Hah! Bulan, tunggu apa lagi, bawalah air untuk sepupu aku ni" tiba-tiba suara Bunga dari belakang Tama. Bulan hanya mampu tunduk, malu. Sungguhpun Tama sebelum ini mempunyai seorang isteri, namun jantung dia tetap berdegup kencang tatkala melihat Bulan tersenyum malu.

"Menariknya senyumanmu Bulan" Bisiknya dalam hati. Keegoan seorang lelaki, membuat Tama kelihatan tenang sungguhpun jantungnya berdegup kencang. Setelah kematian isterinya 8 tahun yang lalu, Tama tidak pernah ingin mencari pengganti isteri tercinta. Namun bila melihat anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu, dia pun menerima tawaran sepupunya Bunga untuk berkenalan dengan Bulan. Namun, bukan mudah untuknya memulakan langkah pertama mendekati Bulan yang sememangnya terkenal dengan kecekalan, rajin, patuh pada orang tua, tidak pernah membantah perintah orang tua dan yang lebih penting, Bulan dijaga oleh kedua-dua bapa saudara yang cukup garang, tegas dan kasar. Pada usia 10 tahun, Bulan hampir mati kerana di pijak dan dilempar keluar dari tingkap oleh bapa saudaranya yang tua bernama Rudi hanya kerana Bulan terlambat masak nasi. Hal ini telah menyebabkan kecacatan kekal pada tubuh Bulan. Bulan kelihatan bongkok disebabkan peristiwa itu namun tidak diketahui oleh bapa Bulan kerana bapa saudaranya pandai bertapuk akan hal sebenar.

"Hah! Tama, termenung jauh nampak". Sindir Bunga ketika melihat Tama termenung terkenangkan nasib yang menimpa Bulan. Bulan hanya senyum lalu tunduk ketika Tama mengalihkan pandangan kepada Bulan.


....Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Followers