29 September 2010

'Gorila' ditahan selepas ganggu gadis

WADSWORTH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemuda, Jeremy Lukens yang memakai kostum gorila dan menakutkan beberapa orang gadis di bandar ini bakal berdepan hukuman penjara enam bulan dan denda AS$1,000 (RM3,094), lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, hukuman yang bakal diterimanya itu bukannya disebabkan perbuatannya yang menakutkan beberapa orang gadis dengan memakai kostum tersebut.

Sebaliknya, dia akan dikenakan hukuman itu setelah didapati bersalah baru-baru ini kerana enggan berhenti apabila diarahkan oleh polis selain cuai semasa mengendalikan sebuah kenderaan.

Lukens yang berumur 24 tahun enggan berhenti semasa diarahkan anggota-anggota polis yang mengejarnya dengan menggunakan kereta ketika dia menunggang motosikal empat roda ketika memakai kostum itu pada tengah malam.

Dia dikejar selepas polis mendapat aduan daripada penduduk yang marah dengan perbuatannya itu.

Namun, selepas satu adegan mengejar berlaku, dia akhirnya menyerah diri kepada polis.

Pemuda itu menyatakan kepada polis bahawa dia memakai kostum untuk menakut-nakutkan beberapa orang gadis kerana dia menjalani satu rakaman video yang dirakamkan oleh seorang rakannya. - Agensi

Sumber : Kosmo

24 September 2010

Gates paling kaya di AS

NEW YORK - Pengasas firma Microsoft, Bill Gates (gambar) kekal menjadi individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ke-17 berturut-turut dengan anggaran kekayaan AS$54 bilion (RM167 bilion).

Senarai terbaru 400 individu terkaya di AS yang diterbitkan majalah Forbes kelmarin menunjukkan anggaran kekayaan Gates, 54, meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) daripada tahun lalu.

Paras minimum kekayaan untuk seseorang individu menyertai senarai 400 orang kaya itu pada tahun ini kembali kepada syarat AS$1 bilion (RM3.1 bilion) berbanding hanya AS$950 juta (RM2.9 bilion) yang ditetapkan untuk tahun lalu.

Berada di tempat kedua ialah pelabur Warren Buffett yang mempunyai anggaran kekayaan berjumlah AS$45 bilion (RM139.29 bilion) meningkat sebanyak AS$5 bilion (RM15.47 bilion).

Pengasas Oracle yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Larry Ellison berada di tangga ketiga dengan anggaran kekayaan AS$27 bilion (RM83.57 bilion).

Pewaris rangkaian pasar raya Walmart, Christy Walton menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaan AS$24 bilion (RM74.29 bilion). - Reuters

Sumber : Kosmo

Cedera gara-gara cuba selamatkan wang derma daripada dirompak

KUCHING: Seorang ahli persatuan Cina diserang menggunakan alat pemadam api selepas cuba menyelamatkan wang sumbangan daripada dirompak oleh dua orang lelaki.

Insiden tersebut berlaku pagi Rabu lepas selepas ahli keluarga dan saudara kepada seorang wanita berusia 94 tahun yang telah meninggal dunia tiga hari lepas beredar dari kediaman mereka di Batu 6 ½ Jalan Penrissen ke tanah perkuburan Cina di Batu 8 untuk acara pengebumian.

Tiga saudara termasuk seorang gadis remaja dan dua ahli persatuan Cina dikatakan masih berada di kediaman tersebut untuk mengira sumbangan yang diperolehi sebelum didatangi oleh empat orang lelaki yang menaiki kereta model Nissan Sunny berwarna putih.

Dua daripada lelaki tersebut keluar dan terus berlari ke arah lelaki yang juga ahli persatuan yang baru selesai mengira wang sumbangan tersebut dan terus merampas wang berjumlah RM3,665 dan kembali ke kereta.

Lelaki tersebut dikatakan cuba mengejar suspek yang menyebabkan salah seorang daripada suspek mengambil alat pemadam api dari dalam kereta dan terus menyeburkannya ke arah muka lelaki itu.

Keempat-empat suspek dikatakan terus meninggalkan tempat kejadian dan mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat pada hari yang sama dan siasatan berhubung kejadian masih dilakukan.

Sementara itu, kereta yang dikatakan telah digunakan oleh keempat-empat suspek dijumpai di sebuah semak di Batu Kitang petang semalam.

Kereta tersebut telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Sumber : BorneoPost Online

Sarawak catat RM19.35 bilion FDI dalam tempoh tiga tahun

KUCHING: Sarawak berjaya mencatat RM19.35 bilion pelaburan langsung asing (FDI) dalam tempoh tiga tahun lalu kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan. Ia kata beliau, menjadikan Sarawak antara negeri yang mempunyai prestasi terbaik dari segi tarikan FDI.

“Sarawak sesungguhnya merupakan negeri yang mempunyai prestasi terbaik seluruh negara dari segi FDI,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama antara industri dan universiti tempatan di pejabatanya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Dr Chan yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata jumlah berkenaan berdasarkan kepada enam syarikat multinasional yang telah memperoleh lesen perkilangan (ML) untuk memulakan perniagaan mereka di sini.

“Terdapat 27 kertas cadangan keseluruhannya daripada pelabur-pelabur asing dengan pelaburan bersih RM267 bilion,” katanya.

Dr Chan memberitahu ada antara syarikat asing terbabit telah membina loji mereka di sini termasuk Sarawak Press Metal di Mukah, Tokoyama dan MEMC Sarawak (Sdn Bhd).

Difahamkan juga Tokoyama bakal melabur antara RM4 bilion dan RM5 bilion sementara MEMC melabur kira-kira RM2 bilion.

MEMC yang bertapak di Amerika Syarikat bakal mengeluarkan panel solar daripada loji mereka di Estet Perindustrian Samajaya.

Dr Chan berkata antara faktor utama yang menarik pelabur-pelabur asing ke negeri ini adalah projek mega Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang dijangka menarik kira-kira RM334 bilion dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

“Kira-kira 80 peratus daripada pelaburan itu adalah daripada sektor swasta sementara bakinya 20 peratus daripada sektor awam,” tambah beliau.

Berhubung mesyuarat yang diadakan beliau berkata kementeriannya akan memulakan jaringan antara industri dan universiti tempatan dalam usaha menyediakan pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

“Adalah amat penting kepada industri dan universiti mempunyai jaringan langsung supaya para pelajar daripada universiti tempatan dapat bekerja dengan cepat selepas menamatkan pengajian,” katanya.

Beliau memberitahu antara pekerjaan yang paling tinggi permintaan selepas tamat pengajian di industri tempatan adalah jurutera.

“Kementerian saya merancang untuk bergerak seiring dengan keperluan industri di negeri ini,” katanya.

Hadir sama pada sidang media dua menteri mudanya Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen dan Larry Sng serta wakil-wakil daripada industri dan universiti.

Sumber : BorneoPost Online

17 September 2010

Tangisan bayi di bawah jambatan

TAPAH – Seorang bayi lelaki dijumpai dalam keadaan kesejukan dan dihurung serangga di bawah sebuah jambatan merentasi Sungai Liar berhampiran Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai dekat sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritendan Abdullah Arshad berkata, bayi malang yang dipercayai berusia dua hari itu dijumpai oleh seorang remaja perempuan, Nurul Ain Zakaria, 16, yang terdengar suara tangisan kira-kira pukul 5.40 petang.

Beliau berkata, sebelum itu Nurul Ain sedang menunggu ibu dan adik lelakinya untuk pulang ke rumah di Menderang, Sungkai setelah berkelah di Sungai Tesong tidak jauh dari situ.

“Setelah dicari bunyi suara tangisan itu, remaja dan keluarganya menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat tanpa pakaian di bawah jambatan tersebut.

Sumber : Kosmo

15 September 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA!

 

03 September 2010

Gereja gay pertama

KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.

Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini. 

Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.

"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.

Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.

Sumber : Kosmo

Lelaki palsukan gambar bogel Emma Watson dibebas

MANCHESTER - Seorang lelaki Britain, John Cavanagh yang didakwa menyebarkan gambar-gambar bogel palsu aktres filem Harry Potter, Emma Watson (gambar)) tidak dikenakan hukuman penjara, lapor sebuah akhbar semalam.

Hakim di mahkamah Manchester Crown sebaliknya mengarahkan dia melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama tiga tahun dan didaftarkan sebagai seorang pesalah seksual.

Cavanagh didakwa mengubah suai lapan gambar Watson secara digital dengan menggantikan tubuh wanita bogel lain sebelum dimuat turun pada Mei lalu yang ditemui di dalam komputer lelaki itu.

Dia turut diarahkan untuk tidak menghubungi Watson selama lima tahun dan dilarang daripada menggunakan Internet kecuali untuk mencari pekerjaan. - Agensi

Sumber : Kosmo

Followers